kehendak vs keperluan

Salam blogger..

Da lame tak ngapdet blog, ok, sekang aku rase free sket.*Sebenanye aku free banyak, besepah mase aku yang tak abes digunakan dengan care yang tertib lagi sopan. Cis!

Al-Maklumla sejak ketiadaan tenet kat umah ni, payah sangat nak update jadah ni sumer... Fb pon da macam tak bekutik langsung, walhal ade gak bukak, tu pon kalo ade mane mane line free... Hahahahaha..

Dulu aku ade pakai berokband, tapi sebab ketiadaan mase dan kekangan wang ringgit, aku tepakse menyerah pada takdir bahawese nye aku sekang tak layak nak pakai pape yang ade kaitan dengan duit.. *Kewangan wa lom stabil g der ;(

aku sendiri konpius ni..huhu

Selamat duit moto bagai sume dabes bayar, aku ingat nak bayar balik berok tu, tapi bile pk balik balik, sameade ia satu keperluan@kehendak aku yang madang nak online tak tentu hala ni... 

Tapi kalo di fikirkan secare kedasar, aku patot perlu pakai berok tu .. Senang aku nak apply atau upadate pape. contoh macam nak apply keje ke atau ape sume... Walopon tangan gatal aku ni ade je point nak bukak fb. *Tak patot patot...

okla, aku ni menaip dengan care tegese gese tahap cipan tetelan cicak sekang ni... Sebab da pukul 11, aku tak balik umah g... Takot kang ade momok.. Oh, simpang malaikat 44... Mintak mintak tak de la.. *Mulut cabul. ahaha

okla sume, nanti aku free, aku taip panjang lebo.. aku ade banyak idea ni, tapi tepakse sepok dalam almari baju sebab kekejangan mase. Kalo korang ade care nak hack tenet umah jiran aku tu, bagitawla...hahaha..Senang sket aku sesah!!!

Menjalani Hari tua



Hoi!... *eh, kasaq na.. Ekhem.. Hai.. Name saye cak kun cak.. hehe… Name awak??

saje kasi korang tengok teteleng pale..hehe

Maka, hari ni genap da aku menjadi 24tahun dan masih dalam beberape hari..;) *Malula bile umo da tua ni..Tolongla korang mainkan lagu befday sambil bayangkan nak bagi aku hadiah ape..;)


Da 24tahunpon masih ade yang sudi bagi aku hadiah taw.. Terharunye! Ade hambe Allah yang sudi bagi aku bear yang comey ngan sekeping kad. Rasenye last aku dapat mase aku sekolah dulu. Lepas bace, aku buat kapal terbang. *sekang tak lagi. Jangan riso. Memei r..


Terime kasih kepada beliau yang mungkin sedang membace blog ni. Kerana beliau jugak seorang blogger..;)

Aku mengharapkan umo aku meningkat seiring dengan pemikiran aku. Walopon aku tak suke nak jadi besar sebab da tak boleh nak main baling selipe ngan galah panjang lagi. Tak pon main tenteng kemudian jatuh tecepuk sampai lutut bedarah. Baru adventure hidup ni.. hahaha..


Dan yang aku harapkan agar aku dapat sesuatu pekerjaan yang baik yang boleh menjamin mase depan aku ngan keluarga dan seterusnye membayar tunggakkan hutang piutang pinjaman KPTM sebanyak 6000 yang masih belum bebayar walo sesen. *Adoi, lelah tol kalo da masuk bab duit ni..;)


Kemudiannye, menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang sanggup susah payah dengan aku dan menjadi ayah kepada anak anak aku nanti. * Dem,tak sepatotnye hal ni di perbincangkan dalam cerite kali ni. Sensitip! Kawan kawan beta ramai der yang dah nikah. Huhu

Ai, kite da besa.. ^^


Diwaktu kelapangan mase yang besepah dengan ketiadaan aktiviti yang berpaedah, aku lebih suke dudok kat rumah tebongkang dengan novel novel kat tangan. Oh, please, sekang bagi aku tak musim da ngan novel cinta aw.. Aku layan novel yang lebih triller..Kalo nak join, aku lebih suke Ramlee Awang Mursyid!


Okla, tak benafas lak aku rase bile nyamuk kuang ajo ni wat aku macam bahan keka la… Kemain ko ea, aku pelesing baru taw.. Ni Tun Teja aw… hahahaha.. *Perasan nak mam………………………………….




Bababaiii...

HARI ITU AKAN TIBA JUA




Dasyatnya kiamat

Kemudian, apabila ditiup sangkakala dengan sekali tiup.
Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur.
Maka pada saat itu berlakulah kiamat.
Dan terbelahla langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)
Dan para malaikat mengawal segala penjurunya. Arasy tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.


Kejadian sesudah Kiamat

Dan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah segala makhluk yang ada dilangit dan yang ada dibumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah, kemudian sangkakala ditiup sekali lagi dan serta merta mereka bangun berdiri menunggu kesudahan masing-masing.

Akan bersinar terang-benderanglah bumi pada hari akhirat dengan cahaya tuhanya, buku suratan amal akan diberikan bagi dibicarakan, akan dibawa nabi-nabi serta saksi-saksi dan mereka akan dihakimi dengan adil. Tidaklah akan dikurangkan balasan buat mereka walau sedikitpun.

Kemudian, akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang balasan bagi setiap perbuatan mereka dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka lakukan.
(Surah az-Zumar, ayat 68-70)

Kami lebih mengetahui siapakah orang yang patut diseksa dan dibakar dalam api neraka itu.
Demi tuhanmu sesungguhnya kami akan menghimpunkan mereka itu beserta syaitan-syaita, kemudian kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Jahannam.
Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut daripada tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada Ar-Rahman, diantara mereka. Kemudian sesungguhnya kami lebih mengetahui akan orang yang lebih patut dibakar dalam api neraka.
Tiada seorang pun diantara kamu melainkan akan sampai kepadanya satu perkara yang pasti berlaku, yang ditetapkan oleh Tuhanmu.

Kemudian, kami akan selamatkan orang yang bertaqwa dan kami akan biarkan orang yang zalim tinggal berlutut di dalam neraka itu.
(Surah Maryam,ayat 68-72)


"hari itu akan muncul juga,waktu dan ketikanya tidak diketahui"
copyright:wanyrezuan