WAJAH BARU

Asalamualaikum and hola dunia!!

Kita bersidang lagi harini ya. Hik.


Sebab kerana aku dah lama gila tak hapdet blog ni, aku buat keputusan nak bagi dia wajah baru sikit. Sentuhan dari jemari kasau aku sendiri. Kah!

clik untuk tumbesaran

Kalau tak lawa korang buat tak paham je la ea.. Hehehe..

Tapi sejak dah jadi mak-mak ni.. Aku rasa macam dah jatuh cinta gila dengan gambar Eiffel Tower, Sakura, Lavender. Ntah la, mungkin sebab dah jiwa mak-mak kot.. tapi Mak aku takde pulak cenggitu aku nengokkan... Hahha

Gasakla... tapi hokey tak?? Aku pilih sakura untuk header dan background. And all pinkish untuk tulisan bagai. Tapi entry still aku kekalkan kelabu atau black. Kesian, takut korang mengalami kemurungan nanti kalau baca blog aku yang sangat ohsem ni.. Hahhaa..

Aku edit header senang gile!! Apak ah.. Memang boleh gila.. Hahaha.. Dulu masa aku mula berbelog, aku rasa tension. Yela.. dah la vongok nak edit-edit ni. Pastu kena pakai laptop, laptop lak macam stor. Hahha.. Sekarang ni aku guna hp je der... Uolls install je photogrid ke apa, then edit je kat situ. Pastu cara aku nak transfer kan kat PC dengan send picture dekat email, nanti bukak email terus download je. Senang sesangat!

Tu je nak cerita. Hehehe. Bai and tq for reading :)

REVIEW DMS

Hi and Asalammualaikum...

Lama gila kan aku tak update blog ni?? Sebab aku rasa macam bz gegila babai punya sekarang. Hahaha.. Lagi dah jadi ummi ni.. ^^

Sebelum tuh, korang mesti dah tahu kan apa content entry aku kali ni?? Der.. Tengok tajuk tu pun dah tau nau nau kan.. ahak! Dasar anak melaka. ;D


Korang.. Pernah dengarkan DMS?? Ala.. yang tengah hot gila babai tuh... Ala...  Yang ni ha.... Jap aku cari gambau jap:)


Pernahkan dengar??. So far aku nak review sikit pasal benda alah ni.. 
Aku mula pakai tahun lepas. Tapi tu r.. Aku ni jenis manusia versi mak jemah sikit. :/

Kalau pakai tu tak pernah nak konsistan... Madang je ada nak skip atau lompat-lompat... lagi-lagi kalau night cream! memang sejal azali, malam tu aku rasa patut tidur lagi baik. Hahaha.

Aku mula pakai masa aku preggykan si Fateh.. Kulit masa tu... aduh.. aku paling malas kalau tengok cermin nampak bekas jerawat taw.. Rasa menyirap je.. Lepas sah jadi ejen, aku decide nak pakai GLOWING SPEED.

Omei kan aku?? Ahak!!! Prasan
                           

Jadinya..lepas sign up je.. aku berusaha sedaya upaya untuk capai target jualan modal balik. Yela... korang tau, aku ni benaunya betul2 bidan terjun yang main terjun.. Ntah terjun mati atau hidup lagi. kahkah

Uolls bayangkan.. iolls masa tu dah nak bersalin tau, then nak pakai duit.. Pastu akak kau berterih-terih paksa masuk  Aku ni benaunya sangatlah berat hati disebabkan kewangan yang tak berapa nak ummph sangat! Mana nak beli barang baby, mana nak cari duit nak masuk rumah sewa.huhu.. Gilakan? Tapi aku pejam je mata.. Keluarkan duit jugak duit. Sebab bila difikir.. banyak gak benefit   Disamping cantik :p.. Cantikke???... Lol

Pas dah masuk tu.. aku guna GLOWING SPEED macam aku cakap tadi.. penggunaan pertama, aku alami healing process. Mengelupas!! Tapi tak teruk.. Just xoxo ja.. huhu.. 4hari lepas tu aku tengok dah ada perubahan sikit. seriouse weh!!!


aku letak besar punya!! haha.. Weh. No filter hokey

Cumanya, walaupun dah kurang sikit aku punye bekas jerawat ni, tetap ada jugak kalau uolls tengok dekat-dekat atau kalau tenung aku dalam sedalamnya.. hahha. Tapi kalau kau tenung aku macam orang gila, nescaya aku akan melempang muka ko dengan laju nya. :P

Tu je, kalau uolls berminat, uolls boleh terus wasap aku 
011-39372779-wany Agen sah melaka

NOTA KAKI CAGU: FREE POSTAGE!!
********Free postage ni maksud dia penghantaran percuma tau, jangan aku dah hantar barang nanti, ada yang wasap aku tanya mana barang yang 'free postage tu" Hhahaha.. jenuh lak aku nak jawap.

xoxo

Try to conceive


Ok la, mungkin minggu ni atau bulan di penuhi dengan Entry diary ibu mengandung. .



Untuk korang yang masih berusaha, tapi tiap-tiap bulan kena beli UPT. Kat farmasi jual mahal ya. Untuk strippun 1 tu dah RM5++ / RM6++

Untuk yang casing tu lagi mahal. So, ni aku ada jumpa blog yang murah click link ni. Korang leh lah cuba. Tak perlu nak membazir. Accurate biasa 9.99% gak. Tapi check bila lepas due period lambatlah.. Sebab kau jangan berangan ni brand clear blue hokey. Clear blue tu lagi power, kalau guna tu, korang baru pregnant 4hari pun dia leh detect. Huhu.. Tapi memang mahal lah.



Yang ni digitalnya, tapi aku suggest korang beli after korang dah check guna yang strip murah dulu beberapa kali dan kalau hasilnya +ve, korang belilah yang mahal kalau nak simpan masuk album kenang-kenangan kan.. :P

Yang memang tengah mencuba lagi, korang boleh cuba OPK. Ovulation predictor Kits. Yang ni dia boleh cek bila waktu kesuburan korang. Lagi-lagi untuk wanita yang haid tak teratur. Sebab korang punya period tak tentukan, dan waktu subur pun susah gak nak jangka. So, bolehlah cuba.

Ni contoh aku rembat Google.

Yang double line maksud haritu adalah hari subur korang. Yang dah tak double maknanya waktu tu dah berakhir. 

Dulu aku beli UPT je sebab farmasi mahal kot. Aku kan variasi pengguna jimat dan bijak. Ahak! Satu tu kire 80sen, minimum dalam 10 kena beli,siap boleh bagi-bagi orang lagi, tapi untuk OPK ni korang belilah lebih. Biasa max orang jual 15pcs. Korang belilah 30pcs sekali ke. Hehhe. Sebab benda ni kena pakai banyak kali. Tak sama macam UPT tuh. Jimatlah dari segi kos postage tuh kan. kalau sekali hantar je da 6inggit. Sebeanrnya ada lagi tempat paling murah kalau korang pandai cari and gali. Aku dulu beli kat fb "Mizzery Ma". 016333 8252

Jangan putus asa ya! Rezeki anak tuh ada, cuma banyakkan berdoa dan bertawakal je. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.




Stretch marks?? Sila pergi..

Salam,

Siapa ada strechmark?? Angkat kaki dan tangan.. Hehehe




teruknyakan??
*ehsan encik google


Biasa yang ada ibu mengandung kan? 

So, korang awal-awal preggy tu bolehlah sapu lotion ya. Macam iolss, cuma sapu baby johnson and minyak zaitun brand Mustika Ratu 6hengget jerk, hehehe. Murah dan bagus!! 




Pump je lotion sikit and blend lah dengan minyak zaitun, pastu salawat sapu pelan-pelan atas perut ya. Belai perut sebab dalam tu ada baby kan. Ala.. Omeiinyee.. Hehehe.

Masa aku dah nak masuk 4bulan, and perut dah makin membesau, aku tukar pulak Re-Gene Oil ni. Dia function sama macam Bio-Oil, tapi ni pakej jimat. Akukan... Hahaha. Selagi boleh jimat, kita kenalah jimat. Yang ni murah sangat. Dalam RM20 lebih jugaklah. Kira murah nak dibandingkan dengan Bio-Oil tu.




Yang ni pun aku blend dengan lotion baby tuh, sebab lebihannya boleh sapu kat bahagian lain. Minyak ni pun aku sapu kat muka pergi kerja. Yela, muka makkan bukan licin pun. T_T.

Ada je yang pakai mahal sikit, macam-macam brand. Ikut korang lah.. Yang coco-butter la, itula, aku cuma pakai yang memang ada kat rumah je. Minyak tu untuk rambut pun ok, yang penting, perut tak de streachmark je kan. Huhu

Bila korang pregnant, pantang ya!!! 

JANGAN GARU PERUT!!

Sebab punca utama perut boleh jadi tak cantik sebab korang garu! Bila perut dah makin membesar, korang akan rasa regangan taw. Nak-nak kalau perut korang dulu masa muda-muda kecik jenis takde lemak. Korang pas makan lagi la.. Tegang sangat! Lotion/minyak ni kena bawak g mana-mana. Tapi aku, bawak yang mini je.. brand safi tu. Alaaa.. Tu pun laki aku beli ubat gigi safi, dapat percuma.. :P


Jadilah pengguna bijak, belilah di Mydin :P


Ahahahaha! So, senanglah aku sapu bile lepas makan, and bila aku rasa macam meregang. Aku tak pernah garu, melainkan hanya usap je. Tu pun masih dalam keadaaan yang lemah dan lembut. hehehe.

Tapikan... korang jangan anggap walau dah letak minyak bagai perut korang tetap akan cantik jugak taw.. Sebab.. Kalau kulit korang jenis nipis.. bile nak masuk trim3, dan bile budak kerap mengeras tempat yg sama je.. benda alah tu mungkin akan ada jugak. Bagi kulit tebal.. aku tak pastila..hehehe.. Tu je nak share, semoga bermanfaat!!

Oh, tapi kalau dah lepas preggy, untuk cantikkan balik kulit perut uolls tu, boleh cuba ni.

Nampak tak?? Lotion ni memang dia buat khas untuk stretch marks.

Selamat mencuba dan selamat mencantikkan diri. :D

Perasaan bila Braxton Hicks

Assalammualaikum..

Sedar tak sedar dah nak hampir masuk minggu ke 35 dah mak nye ha..

Dulu masa perut kecik, tak nampak... Sibuk tengok cermin... "Kecik je.."

7month

Sekarang dah besar seronok gak, tapi tak sabar je nak tunggu budak keluar pulak ha..

Nanti budak keluar, jangan rasa nak masukkan dia balik kat dalam perut. hahha.LOL :D

Sekarang ni kalau ikutkan, baby masih belum matang nak keluar. Sebab, normally tak salah aku 36minggu baru akan ngam-ngam soi giteww..

Tapikannnn...

2,3 menjak ni... Nak-nak kalau waktu petang, sakitnyaaa..... Sampai nak pitam rasa..

Selalu message laki aku, ngadu... Pastu dia mesti reply "Biarlah, tengah main bola tu"..

Apak ko ni.....  Sabau je la nakkk T_T



Mungkin sedang begini


ATAU

begini. Bolehlah pilih ikut keselesaan tahap kesakitan.hahaha

Dia mengeras paling aktif lah.. perut herot satu hal, part yang paling sakit tuh, bila dah bonggol and aku pegang pujuk suruh dia slowkan pergerakkan, tiba-tiba... Dia macam gesel bahagian lutut/siku aku tak pasti, tapi yang bonggol tadi, akan rasa seretan bonggol kecik comel je kat bahagian tu. Sebab tuh aku rasa mungkin siku/lutut. Siyes paling sakit sampai peluh-peluh maknya.

Rasa cam nak acah-acah pengsan je ni.. Siyes nak.. Nanti awak dah keluar, ummi nak abab cikit montot tu taw.. hahahha :)

Hadiah untuk Baby. Kikiki


Bila aku search tenet, maybe tu braxton hicks. Nursepun cakap. Katanya sebab baby dah nak besarkan.


Apa itu Braxton Hicks?? Secara Ringkasnya

BRAXTON HICKS
KONTRAKSI SEBENAR
Rasa sakit biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam. Mungkin sekali atau beberapa kali dalam sehari
Rasa sakit dan mengeras yang lama
Rasa sakit biasanya berhenti bila kita bertukar aktiviti atau posisi
Teratur dan konsisten
Tak teratur dan tak konsisten
Lebih kerap dan lebih menyakitkan
Kurang dari satu minit dan tidak lama
Keluar tompokan darah dari vagina
Tak boleh diduga dan tidak beritma
Plag Mukus tertanggal
Kontraksi yang tidak kuat
Air ketuban pecah



Macam aku cakap tadi, dah start 3hari dia punya sakit tu lain macam dan aku pasti dia mengeras lebih dari 5minit sebab aku mesti set masa kalau aku rasa sakit. Tapi Braxton ni kan sepatutnya kejap je.. Ni lama. Dan.. aku memang langsung tak nak fikir tu Kontraksi sebenau-benaunya. Sebab tak keluar apa-apa tandapun. Tapi memang kerap cuma dia belum menekan bahagian ari-ari sangat. Cuma kadang je.. Tah, susah aku nak klasifikasikan macam mana. @.@

Kompiusssssss


Aku memang harap, ia sekadar Braxton Hicks jerk... Awal lagi anak... Tunggu la awak dah cukup  matang kalau ye pun rindu sangat kat kami.. hoho :D

Sekarang ni aku rasa, mungkin anak sedang buat senaman regangan badan je kot.. *sigh

Yela, keluar nanti aku nak standbykan dia masuk hutan buat aktiviti lasak. Hahahahha.

Dan aku ingat dia mesti take it serious pasal aku selalu cakap ngan laki aku "Dah lama tak hiking macam dulu, buat aktiviti lasak, kayak bagai... Nanti pas pantang atau baby dah besar sikit kita pergi Broga Hills je dulu nak tak ?? Rindulah nak buat aktiviti camtu"..

Cam biasa, laki aku ye kan.. Ni mesti anak aku dengau and tak reti nyabau kot..hahaha..

Buat masa ni, otak aku kena kosong kan dari memikirkan sakit bersalin camne, sebab tu nanti baru hadap. *Ni perenggan mengencing orang.hahaha. -.-

Gila ko tak fikir, baru cenggini dah berpeluh.. hahaha.. Tapi aku cuba gak hari-hari untuk tak fikir sangat. Biar semua jadi secara semulajadi je. Harap Allah memudahkan segalanya. Memudahkan bersalin, meringankan sakit, dan selamatkan hadiah cinta ni. aminnnn..

Maka Maryam mengandungnya  lalu ia mengasingkan diri bersamanya ke suatu tempat yang jauh. Maka rasa sakit melahirkan  memaksanya pergi ke sebatang pohon kurma.   Ia berkata: "Alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang dilupakan sama sekali!"   Maka ia, malaikat, menyerunya dari arah bawah dia:  "Janganlah engkau bersedih hati,  sungguh Tuhan engkau telah membuat anak sungai  di   bawah engkau dan goyangkan ke arah engkaupelepah batang kurma itu, ia akan menjatuhkan berturut-turut atas engkau buah kurma yang matang lagi segar.  Makamakanlah dan minumlah, dan sejukkanlah mata engkau. Dan jika engkau melihat seorang manusia maka katakanlah: "Sesungguhnyaaku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurahmaka aku sekali-kali tidak akan  bercakap-cakap pada hari inidengan seorang manusia pun.  (Maryam [19]:23-27).
..

Siti Maryam pun sakit menanggung bersalin. Maka, bertabahlah ibu-ibu semua. Bersedialah berjuang :).

Sekianlah cerita harini... Harap harini tak macam semalam.

copyright:wanyrezuan