Jadikan amalan seharian

Aku ade kawan yang amalkan Doa ni. Akupon memang ade dalam simpanan. Banyak khasiat taw. Orang yang ade niat tak baikpon kite boleh hindarkan. Insya'Allah. Lagipon ape nak ragu ragu dengan ayat Allah kan??

Doa Nurun Nubuwwah (Cahaya Kenabian)



Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.

Jibril berkata kepada Nabi: 
“Aku di utus oleh Allah membawa Doa Nurun Nubuwah untuk di serahkan kepadamu ya Rasulullah.”

Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadhilat doa ini, antaranya:
1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yangberhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat.Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.
2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.
3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.
4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.
5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.
6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akanmengampuni segala dosanya.
7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.
8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.
9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripadasegala musuh.
10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.
11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.
12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.
13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.
14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.
15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.
16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.
17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.
18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.
19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langitmemohonkan ampun untuk orang yang membacanya.
20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.
21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”
22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.
23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan,pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.
24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.
25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.
26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.
27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.
28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.
29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.
30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.
31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.
32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas,bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.
33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”
34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.
Inilah doanya:

ae2cc143.jpg
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
“ALLAAHUMMA DZIS SULTHAANIL ‘AZHIM, WA DZIL MANNIL QADIIM, WA DZIL WAJHIL KARIIM, WA WALIY YIL KALIMAATI TAAMMAATI WAD DA’AWAATIL MUSTA JAABAH, ‘AAQILIL HASANI WAL HUSAINI MIN ANFUSIL HAQQI ‘AINIL QUDRATI WAN NAAZHIRIINA WA’AINIL INSI WAL JINN, WA IN YAKAADUL LADZIINA KAFARUU LI YUZLIQUUNAKA BI ABSHAARIHIM LAMMAA SAMI’UDZ DZHIKRA, WAYAQUULUUNA INNAHUU LAMAJNUUN, WA MAA HUWA ILLAA DZIKRUL LIL ‘AALAMIIN. WA MUSTAJAABU LUQMAANIL HAKIIM. WA WARITSU SULAIMAANABNI DAAWUDA ‘ALAIHIMAS SALAAM.

AL-WADUUD (tujuh kali AL WADUUD) …………………….(Sebutkan hajat di hati kepada Allah s.w.t.)

DZUL’ARSYIL MAJIID. THAWWIL ‘UMRII WA SHAHHIH AJSAADII WAQDHI HAAJATII WAKTSIR AMWAALII WA AULAADII WAJ ALNI HABBIBAN LIN NAASI AJMA’J IN. WA TABBA’ADIL’ADAAWATA KULLA MIMBANII AADAMA ‘ALAIHIS SALAAM. MAN KAANA HAYYAUW WA YAHIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN. WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQAL BAATHIL, INNA BAATHILA KAANA ZAHUUQAA. WA NUNAZZI LU MINAL QUR’AANI MAA HUWA SYIFAAUW WARAHMATUL LIL MUKMINIIN. WA LAA YAZIIDUZH ZHAALIMIINA ILLAA KHASAARAA. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YASHIFUUN, WA SALAAMUN ‘ALAL MURSALIIN, WAL HAMDU LIL LAAHI RABIIL ‘AALAMIIN”.


Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Korang oleh dengar kat sini jugak ok.
Klik Sini--> NURUN NUBUWWAH

Macam ni lawak jugak

Hai, pagi pagi bute pekat mampos ni, aku rase tak tau nak buat ape. Nak tunggu Bola,esok lak..Kalo tak, leh aku memekak sekitar ruang tamu aku ni. Kate orang ":Syok sendiri".. bolehla tuh, dari aku syok kat orang, orang lak tak syok kat aku kan??hahaha


Tadikan, aku saje cek inbox fb jap.. Aku rase nak gelakla.. Sebab aku tak taula bape umo mamat ni, tapi kelaka tol...

Korang try bace pastu hayati sket ok?? Kalo tak, aku rembat tengkok korang macam Balotelli rembat bola haritu..hehe..*dah rembat,pastu macam kebau lak gaye dia..kahkahkah




Lepas tu.....



Ha.a la wei... Dia remove aku.. Hahahaha... 

Kamonla..Memang Bukan susah nak cakap welcome, tapi serius aku cakap, aku lak jenis memang nyampah tahap dewa 19 nak cek inbox. Kalau aku free atau tetibe gerak gaye hati aku nak cek, baru aku cek.

Bukan bajet diva ape, tapi aku bukak fb, aku lebih suke klik button home@ profile..atau.. Jadi stalker je...

Yang ni aku rase lawak sebab laki ni manje nau kot. Konon ngajok... Alololo..


Kalau ade yang terase tuh, aku mintak maafla ea..... Jangan simpan dalam. Nak raye ni... Moh la saling bemaap-maapan.hehe


okla,esok aku nak g join petandingan memancing. Nanti takot ikan lari tengok mate aku jadi lebam lebam tak cukup sipat. hehe.bai korang

PERSONAL DETAILS

Hai korang, korang mase kecik kecik time darjahanam dulu ade tak main main dalam kelas pakat bagi kawan kawan buku untuk tulis “My Personal Detail” atau kawan kawan korang yang suh tulis?? Aku ngah wat clearance barang kat bilik ni, jumpe lak buku dulu..hahaha..malu lak. Yela, zaman bodo bodo mase tuh, sebok ngan kenangan pahitla, manisla.. Hehe..

Ok la, lets start!!

GAMBAR

Nama         : Siti Norwani binti Rezuan

Korang oleh panggil aku Niny, wawa@ Ziana Zain.. Puteri Diana pon aku terime. Ngeh3

Alamat       : Km__, Kg Parit Sidang Seman, Sg. Rambai, Melaka (Umah atok) ^^

T.Lahir        : 4/2/88 (aku masih perasan mude lagi ni,haha)

T. Lahir       : Tebersih, terindah, Melaka Bersejarah (kat umah atok je)

Kngan Mns   : Berjumpe seseorang :)

Kngan Pht    : Jatoh tesepok (gatal,main buai laju2,pastu terjun)

Mknn Kegemrn : Yang sedap sedap. Paling sedap ibu masak

Mnumn Kgmrn  : Air bandung kaw punye!! Pastu opkosle milo dgn hohohotak kau.haha

Hobi           : Kacau orang, sekeh adik, Tido, bla bla bla.. ;)

Cite cite     : Askar, Cikgu (ni mase kecik kecikla..hehe)

Warna kgmrn : Pink, Yellow, White, Black

No tipon     : Dulu tak pakai hp der.. wa gun public je..agaga



Siap dah..hahaha.. Lebih kurang macam ni la zaman kegemilangan tok petualang dulu.hik


kelaka la zaman sekolah dolu dolu..ngeh3


                                                                                                          Yang Benar,
Add caption

Dak wany yang JAKUN ;)

Di hari........ *adoi, spoil lak, aku tak ingat hari ape ni.. ngeh3..

K, la, sebab mukadimah pon aku da spoilkan, aku tibai la dihari hari yang begitu indah*ceh,jadi tak ayat aku??Hahha.

Haritu kaklong ajak aku pegi isi gas (NGV) kete dia tuh. Al maklumla, akukan mak tiri kepada anak anak dia atau lebih tepat lagi, bibik kepada anak dia. Ceh! time nak g mane mane, ajak aku sebab suh jage anak dia je.. Hampeh akak aku sorang ni.. Haha

Aku pon ikutla.. yela, kalau untung badan dapat la dia belanje aku bakso atau makan makan. Hehehe.. Tu aku suke, rezki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. Ye dak?? Aku bukan ape, cume ikut pepatah orang dolu dolu je.. :) Tolak batu kayu je la aku ni.. hehe

Pastukan, sebelom dia nak g petronas tu, dia kate nak ajak aku g cuci kete jap. Aku on je la. Da namepon kete dia yang bawakkan..

Aku ni mati mati ingatkan g cuci yang bayar seploh inggit tu, siap cuci dalam sumer..Sebab bese, tempat tempat cam tu je aku g.

Ni dia ajak g yang gune machine nye.. HAhahha.. Malu lak aku nak cite..

Ha, macam ni la gupenye.. Korang mesti da 100kalikan masuk dalam ni??hehe

Masuk masuk je dalam tu,

FUYOOOOOOOOOOOOOOOO!!!..

HAHAHA. Gile jakon aku ni.. Syok weh tengok air simbah simbah kete dari luar.. Kih kih kih. Akak aku muke bajet bagus je r.. Yela, biase aku up to date dari dia, tapi kali ni dia dah g dulu.. huhu.. kerek nak mampos je gupe...

Aku penah tengok dalam tb je... Alah, kadang kadang cite omputih tuh selalu gak kuar.

Selamat aku ngan dia, kalo aku ngan bopren, malula aku.. huah3..

Ok la, aku nak tutup muke ngan beg plastik jap.hehhe. Wat malu aku je la.


kasi nampak matepon ok kan???? Agagagag

Membongkar diri sendiri

Aku seorang yang jual mahal @ mudah didekati??




Akupon tak paham ape connection antare jual mahal dengan jadah kat atas ni.. Hahaha.. Applications kat fb ni kadang kadang buat aku gelak je. Tapi nak buat macam mane, dah tu je aku suke buat dari main game bagai sumer.. haha

Tak pela, aku nak jugak describe jadah kat atas ni untuk melihat kebenarannye walopon ia adelah sesuatu yang bodo bodo je nak buat main.. Hahahah.

Aku rase aku adelah seorang yang tak sempurna lagi, maklumla.. Manusia bai..huhu.. Sikap ramah tu aku leh terime jugak, sebab kadang kadang apek yang aku tak kenalpon aku sape, takpon nyonya yang tengah tekedek kedek jalan tu, kalo jumpe atok atok @pakcik pakcik, lagi r, kompemla dorang terus nak buat aku jadi menantu..hahah.. *Ni aku tipu je, tapi jangan risau, aku da hempok pale aku tadi da.. ngeh3

Yang lain tu sume kencing je, tapi sometime betol jugak, yang aku ni tau uruskan sesuatu dengan care halus, Tapi bukan jumpe bomoh bomoh taw. mati aku kalo ibu taw..SYIRIK! hehe


Rahsia tarikh Lahir aku yang jatuh pada 4/2. Jeng jeng jeng!


Ha, betul la tuh.. Aku memang pandaipon,hahaha.Tapi yang tak yakin pade diri tuh..hmmm, jap aku pk... Aku rase, tu silap tuh.. aku ni yakin taw... Tapi kalo aku dalam keadaan boleh befikir dengan tenang dan warasla.. Bukan aku gile taw, kadang kadang datang kelam kelibut aku, terus aku jadi goyah, Kalau tak, hmm,.. Jangan sebot sebot name aku taw kalau dalam keadaan tenangpon aku tak mampu nak yakin.. Hahahaha! 

Soal cinte tuh, ha, ni aku nak meroyan tibe tibe ni.. Mane ade weh, aku ni bukan mate keranjang. Matepon rabun.. Kalau plus keranjang, jadi bunjang la nanti.. Aku setia, mane ade tuka tuka partner ni, kalau aku laki, ok gak..nak test gak jadi playboy besar buaye tembage..hehe

Dan.. Sifat kelaka, tuh memang tak boleh lari dari jiwe aku yang murni ni.. Ahak! Kadang kadang aku rase macam badut lak aku ni. Cis! dan sikap keanak anakan tu memang la ade ..ko taw?? kadang kadang aku rase aku ni baru pas SPM je..hahahha.. takpon, mase aku darjah 6 lagi. Mase tu aku merempit naik beskal je.. hehe.. Oh, comelnye dahku..haha


Panas Baran??



Ha.a wei.. aku ni da boleh tegolong dalam manusia bedarah panas.*Ade ke manusia bedarah sejuk ek?? ha, korangla tuh.. hehe Janganla ade salah sikit, nak nak kalau aku dah tego, pastu still buat mende yang same. Tunggu r, memang aku akan jadi super saiya punye. Ni lebih hebat dari si Goku tuh.

Mangse utama adelah, kompem kompemla adik aku yang laki tingkatan 3 tuh. Ahahahaha... BUkan gengster bai, tapi aku bagi pelajaran je.. Marah tu standartla kan?? Kalo tenaik tangan tu, ala.. bese la tuh.. tak sengaja.. wakakaka..

Tapi aku bukan suke suke nak marah kalau dia tak buat silap. Ha, kalau mood aku tengah tak baikpon, janganla ade yang nak test power ke, test pen ke.. silap silap korang lak jadi bahan test aku. hehe.. Dulu mase aku excident kan, adelah orang dari jawe ni cakap ngan aku 

"bibik kalau tengok kamu ni, kalau tengah marah, janganla dikacau, silap silap kene nanti, tapi marahnya tak lama, sekejap aja sejuk la nanti"
Huhu. Dah macam peti ais lak aku rase. ngeh3.. jap panas, jap sejuk.Time tu aku malu la.. aisey.. dia tahu lak aku ni macam ne.. aku senyum je la buat muke sumbing. Dia lak pandang macam nak tembus sampai tulang belakang aku.. Bahaye orang camni.. Hehehe



Tapi hakikatnye.....


Aku adela seorang yang baik lagi sopan santun kuase nam belas. Ditambah lagi dengan secubit cute.. Huahahahhahahahaha.*Pang! ok, aku da lempang muke aku macam bese sebab perasan nau..hehe

Okla, tak leh cite panjang panjang, ni rahsia kite kite je taw??? bhahahaha.. 


p/s: Aku rase macam banyak nau perkataan "hahahahaha" tuh.. Malasla nak potong potong atau delete balik, pandai pandai la ea korang bace, delete sendiri la!!! dan.. hahaha lagi.. ;D

K,Bai!

Lain orang, lain pandangan

Hai!!

Aku nak cite sket ni.. Hari tu kan, akukan ade pos "Timeline bengong" kat fb aku, then ade satu orang ni komen post tuh.


Kadang kadang aku tak paham ngan sesetengah orang.. kenape tak boleh terime orang tu macam ni.. Ni la ongputih slalu sangat dok cakap tuh "Don't jugde a book by its cover"

Aku bukannye maksum, bukannye aku baik 100% macam malaikat.. Takkanla kat fb aku tu kene post yang best best je.. Nanti orang cakap plak "Adoi ko ni, munafik lak"

Wei, agak agak sket taw.. Ok, sebenanye terang terang aku cakap, aku ni kepale gile gile, tapi belom layak lagi tok masuk wad gile.. hehe.. Orang yang rapat ngan aku, orang yang selame ni membesar ngan aku akan tau aku ni macam mane.

Takkan semate mate nak jage name, nak nampak gah kat dunia, nak bajet cool, sampai aku terpakse jadi orang lain dan bukan diri sendiri?? Puih.

Aku tak setuju! Lantak la orang nak cakap apekan??? Sebab aku belom mampu nak menjadi orang lain dan ape yang mungkin orang lain nak. Aku lebih suke jadi diri sendiri.

Tapi aku janji dengan diri aku sendiri, satu mase nanti aku akan menjadi ape yang aku nak.. Kalaupon aku nak jadi ister solehah atau lain lain takkan aku kene publish semua kat orang pulakkan..??

Wat mase ni aku lebih suke gelak guling guling kalo ade mak leha lalupon, aku tbai gelak gak wat muke tande soal, cakap dengan selese, nangis meroyan royan, main lompat lompat kijang, takpon main tengteng atau main baling batu, pastu baling kat apek yang dah lame aku anti tuh.. Hahahha

Korang korang tuh, jangan la suke sangat nak impikan seseorang tuh seperti ape yang korang pkkan selagi korang tak kenal.. Nanti bile orang orang yang korang ingat baik atau papela je la, tak seperti yang korang pk, kompem korang akan tecakap bukan bukan.

"Ai, aku ingat baik nau, muke cool, kacak begaye, sekali pandang macam hero malaya, tapi bile post macam ni, punah harapan aku"

Ha, tula salah korang, mungkin orang tu bese bese je... korang lak harap tah pape.. Dah namepon manusia kan kan??

Makanya, harusla dterima walopon muke macam neelopah, comei macam nora danish, hebak macam kojol... Hahaha.. *Perasan!

terimala dahku seadenye ^^ ________________________________________________________                                                                 dengancinta,

0....

korang nak taw kenape?? Ah, malasla bagtaw korang.. Hahahhaa.. ok, bai,aku saje je nak buat semak kat dashboard korang..hahahaahwakaka. bai


SELAMAT ADE DIA.. KALAU TAK, HMM...

Asalammualaikum korang korang tu..


Sekarang ni perot aku rase sangat lapa. Sebab aku dengan baik dan rela hatinye menawarkan diri untuk tolong angah aku yang baru nak pindah rumah. *Tipu, sebenanye aku dah mintak 20inggit sebagai pengeras top up..hehe..

Korang cube bayangkan dari pukol 12tengahari 15minit 60saat aku datang umah dia, then aku tolong angkat itu ini sampaila pukol 10.53pm tadi aku baru berenti wat keje. penat wo... rase macam nak tuka engsel siku dengan yang baru, sekali gus tuka teros bebola  buku lali dengan bebola ikan, sedap enak disukai ramai.

Aku alah dengan habuk, terpaksela aku jadi ninja jap sebab nak bersih bersihkan habukkan.. Takot tekak ngan hidung aku jadi tempat belaan hama+resdung.


Makanpon McD je tadi, akak ipau aku belanje.tu pon minit minit kecederaan korang taw... dari pagi tak makan, dah kol 5baru nak baham. Aku ape lagi, bedal r SPICY CHICKEN MCDULUX..

Ko taw ape rasenye bile penat bertemu dengan makanan yang lazat sekali gus menguatkan abdomen abdomen tali pusat ngan usus kecik hingga besau aku ni?? Ha, macam lembu kehausan dipanah mentari je rase*amacam, power tak pepatah aku?? ahaha


Selesai aku setel angkat barang barang kat rumah lame dia, and sampaila ke rumah baru dia, hingga keringat jantan yang selame ni aku pendam telah keluar akhirnye..hahahaa.


Tibe tibe je aku teringat Shokubutsu yang aku baru beli semalam kat Mydin harge 5inggit something. Aku rase alangkah segarnye dapat berendam dengan wangian shokubutsu ni..

Sumpah mak leha aku cakap ko weh, wangi macam hantu kubo lalu. Tapi aku dah penat tahap babun, kepalepon dah macam kene hempok ngan penyapu, gagah jugak aku mandi kat umah angah ni. Selamat diapon pakai natang ni..Kalo tak, aku sanggop naik ego aku yang pekak bedengkang tuh bawak laju laju *60@80km/j sudahla... Mandi kat umah ibu..

Ok la, badanpon da segar bugar, otak pon dah lebih cool, kepalepon dah nampak bintang bintang, baik aku buat taik mate dulu. Esok aku ade agenda lain pulak. Nanti aku  try   mimpi ape nak buat sok. 

Selamat ade Shokubutsu ni,kalo tak, aku majok tak nak mandi sampai pat hari..hahaha

Babai readers, Muahhahahhah


copyright:wanyrezuan