Perasaan bila Braxton Hicks

Assalammualaikum..

Sedar tak sedar dah nak hampir masuk minggu ke 35 dah mak nye ha..

Dulu masa perut kecik, tak nampak... Sibuk tengok cermin... "Kecik je.."

7month

Sekarang dah besar seronok gak, tapi tak sabar je nak tunggu budak keluar pulak ha..

Nanti budak keluar, jangan rasa nak masukkan dia balik kat dalam perut. hahha.LOL :D

Sekarang ni kalau ikutkan, baby masih belum matang nak keluar. Sebab, normally tak salah aku 36minggu baru akan ngam-ngam soi giteww..

Tapikannnn...

2,3 menjak ni... Nak-nak kalau waktu petang, sakitnyaaa..... Sampai nak pitam rasa..

Selalu message laki aku, ngadu... Pastu dia mesti reply "Biarlah, tengah main bola tu"..

Apak ko ni.....  Sabau je la nakkk T_T



Mungkin sedang begini


ATAU

begini. Bolehlah pilih ikut keselesaan tahap kesakitan.hahaha

Dia mengeras paling aktif lah.. perut herot satu hal, part yang paling sakit tuh, bila dah bonggol and aku pegang pujuk suruh dia slowkan pergerakkan, tiba-tiba... Dia macam gesel bahagian lutut/siku aku tak pasti, tapi yang bonggol tadi, akan rasa seretan bonggol kecik comel je kat bahagian tu. Sebab tuh aku rasa mungkin siku/lutut. Siyes paling sakit sampai peluh-peluh maknya.

Rasa cam nak acah-acah pengsan je ni.. Siyes nak.. Nanti awak dah keluar, ummi nak abab cikit montot tu taw.. hahahha :)

Hadiah untuk Baby. Kikiki


Bila aku search tenet, maybe tu braxton hicks. Nursepun cakap. Katanya sebab baby dah nak besarkan.


Apa itu Braxton Hicks?? Secara Ringkasnya

BRAXTON HICKS
KONTRAKSI SEBENAR
Rasa sakit biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam. Mungkin sekali atau beberapa kali dalam sehari
Rasa sakit dan mengeras yang lama
Rasa sakit biasanya berhenti bila kita bertukar aktiviti atau posisi
Teratur dan konsisten
Tak teratur dan tak konsisten
Lebih kerap dan lebih menyakitkan
Kurang dari satu minit dan tidak lama
Keluar tompokan darah dari vagina
Tak boleh diduga dan tidak beritma
Plag Mukus tertanggal
Kontraksi yang tidak kuat
Air ketuban pecah



Macam aku cakap tadi, dah start 3hari dia punya sakit tu lain macam dan aku pasti dia mengeras lebih dari 5minit sebab aku mesti set masa kalau aku rasa sakit. Tapi Braxton ni kan sepatutnya kejap je.. Ni lama. Dan.. aku memang langsung tak nak fikir tu Kontraksi sebenau-benaunya. Sebab tak keluar apa-apa tandapun. Tapi memang kerap cuma dia belum menekan bahagian ari-ari sangat. Cuma kadang je.. Tah, susah aku nak klasifikasikan macam mana. @.@

Kompiusssssss


Aku memang harap, ia sekadar Braxton Hicks jerk... Awal lagi anak... Tunggu la awak dah cukup  matang kalau ye pun rindu sangat kat kami.. hoho :D

Sekarang ni aku rasa, mungkin anak sedang buat senaman regangan badan je kot.. *sigh

Yela, keluar nanti aku nak standbykan dia masuk hutan buat aktiviti lasak. Hahahahha.

Dan aku ingat dia mesti take it serious pasal aku selalu cakap ngan laki aku "Dah lama tak hiking macam dulu, buat aktiviti lasak, kayak bagai... Nanti pas pantang atau baby dah besar sikit kita pergi Broga Hills je dulu nak tak ?? Rindulah nak buat aktiviti camtu"..

Cam biasa, laki aku ye kan.. Ni mesti anak aku dengau and tak reti nyabau kot..hahaha..

Buat masa ni, otak aku kena kosong kan dari memikirkan sakit bersalin camne, sebab tu nanti baru hadap. *Ni perenggan mengencing orang.hahaha. -.-

Gila ko tak fikir, baru cenggini dah berpeluh.. hahaha.. Tapi aku cuba gak hari-hari untuk tak fikir sangat. Biar semua jadi secara semulajadi je. Harap Allah memudahkan segalanya. Memudahkan bersalin, meringankan sakit, dan selamatkan hadiah cinta ni. aminnnn..

Maka Maryam mengandungnya  lalu ia mengasingkan diri bersamanya ke suatu tempat yang jauh. Maka rasa sakit melahirkan  memaksanya pergi ke sebatang pohon kurma.   Ia berkata: "Alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang dilupakan sama sekali!"   Maka ia, malaikat, menyerunya dari arah bawah dia:  "Janganlah engkau bersedih hati,  sungguh Tuhan engkau telah membuat anak sungai  di   bawah engkau dan goyangkan ke arah engkaupelepah batang kurma itu, ia akan menjatuhkan berturut-turut atas engkau buah kurma yang matang lagi segar.  Makamakanlah dan minumlah, dan sejukkanlah mata engkau. Dan jika engkau melihat seorang manusia maka katakanlah: "Sesungguhnyaaku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurahmaka aku sekali-kali tidak akan  bercakap-cakap pada hari inidengan seorang manusia pun.  (Maryam [19]:23-27).
..

Siti Maryam pun sakit menanggung bersalin. Maka, bertabahlah ibu-ibu semua. Bersedialah berjuang :).

Sekianlah cerita harini... Harap harini tak macam semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen disini ea bucuk!

copyright:wanyrezuan