Review untuk wangi-wangi

Assalammualikum, lama tak menaip dalam blog ni kan? Sebenarnya ada banyak benda yang saya nak kongsi, tapi still simpan dalam draft lagi ;P. nanti ada masa, saya akan publish. Motif?? Rahsia. ahaks!

Buat masa ni just nak share pasal set yang saya beli haritu je.. Marilah berhuhu bersama!



Untuk kali pertamanya saya telah rasa ingin sangat membuang duit walaupun duit sangatlah harus disayangi buat masa ni sebab banyak lagi benda nak beli kan... Tapi bila kali pertama bau je lotion ni, saya terus jatuh cinta selepas kali pertama jatuh cinta dulu-dulu.. :P

Bau nyeeeee, Allahu.. lembut yakmatttt kau! Sedap sangat. Rasa kadang sampai nak makan jilat and telan terus perfume/ deodarant/ body spray and lotion dia all the time tau! Siyes ni, tak tipu. Terus mood cam happy go lucky tak sabau-sabau nak ajak husband beli! Sungguh wei. hari-hari iolls cakap dengan dia. Nak beli ni, nak beli ni. heheh. Tapi masa tu disebabkan tak de kad ahli, terpaksa tunda harapan tinggi menggunung, sehinggalah k.long cakap dia ade kad ahli tu. Nak pinjam nenek su, dia bagi akak dia punya, tapi dah expried! Baik tak yah bagi kann.. hahahaha

Untuk Set ni, cosway buat promosi RM49 untuk semua. Ha, murahkan?? kalau tak harga dia berapa tah. Tapi kena ada ahli lah. Saya pun tak da ahli benaunya. Pakai k.long punya kad je, sebab beli kadang-kadang. Hehehe. Korang kalau tak de ahli, bolehlah pakai akak akunya nama, aku bagi je.. :P

"Rina Irmawaty Rezuan" :P.. Sila bagi ejaan yang betul ye.


Full Set



Ok, Untuk set ni korang akan dapat sama seperti dalam gambar. Completed. Perfume (edp kalau tak silap lah)/ Deodarant yang tak melekit/ Body Spray dan juga Lotion yang memang moist nak mammm... ^^. Pssst.. Korang nak tahu tak, dulu iolls tak sebut pun lotion, tapi lonsyen.. ade n di situ.. Bodo je kan..Hahaha..  ok, dah-dah!!


Ha, ni kalau tak percaya, uolls boleh try tapi jangan lambat tau, nanti jangan nangis je kalau promosi dah habis. hehe.. Kalau uolss dah pakai, jangan tanya kenapa tiba-tiba hati menjadi girang tak terkata ;D

Saya mula-mula pakai haritu, terus macam 'wow'. Yela, ni penangan budak opis le ni. -.-

Lalu meja orang tu, dia pakai. lalu meja orang ni, dia pun pakai. hahaha. Kalau boleh, siang malam nak pakai sebab bau yanggggg.. Ah, malas nak cakap banyak kali. Actually, cosway ada banyak barangkan.. Yang kaler pink lain, yang purple soft tu lain. Tapi semua saya tak bape minat sangat, tapi cuma yang ni je betul-betul dah falling in love giteww.. Dekat ngan suamipun, suami suka! Bau tak terlalu kuat, soft gitu, sesuai sangat dengan iolls yang Maha Sopan ni.. AHak!! Sila la muntah! Kalau pakai tu, rasa nak cium baju sendiri untuk 1000000 kali tau!

Oh, satu lagi sebelum tahap kelupaan aku nih menjadi-jadi, kalau uolls beli set RM35 dan keatas. uolls boleh dapat sim kad U-Mobile dengan hanya RM2 je.. Ha, bab tu laki aku suka!! Nanti i post pulak pasal U-mobile tuh ok. Tapi memang berbaloi-baloi.

Sebat Cik Google. Sila click untuk tumbesaran, sebab akupun tak tahu apa jadah ni, main google je tadi and tak bace pun. kiki


Last but not least, Korang try dulu. 
Mok CunLap nak jalan-jalan sat! Bye :)

Tq for reading :)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen disini ea bucuk!

copyright:wanyrezuan