Majlis Time ^^

Hye dan Asalammualaikum..

Lama sangat tak mai sini. Sejak dah kawin ni lagilah.. Jangan diharap orang yang tak sudi menaip lagi.. hahaha

Okeyla, cume saja nak ceritakan cerita lepas saya yang dulu. Saya?? Hahaha, dah nampak tak perubahan kat situ?? Sebelum ni semua saya bantaikan 'aku' disebakan kegengster-an aku ni.. LOL. Ala, post sebelum ni pun dah nak start saya-saya ni taw.. Awww.

Oh, Lagi satu, takut nanti orang akan cakap "eleh, berbelog bagai, macam ada orang nak bace!" CETT!!

Kesah?? Ada atau tak, yang penting ni kan blog aku.. hahaha.. Kire ni coretan conteng-conteng waktu terluang dan terbuanglah.

Dan Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya, aku selamat diijabkabulkan pada 1 May 2015. Aku?? Hahaha.. Mintak maafla korang ye.. abaikan je la kata ganti diri yang mungkin akan bersimpang siur tu ;P

Pengalaman aku menguruskan majlis boleh lah dikatakan terkejar-kejar sana dan sini disaat genting dan gawat. Huhu.. T_T. Bayangkan, kerja di Petaling Jaya, kitaorang boleh balik Melaka setiap 2minggu sekali je.

Itupun balik macam terkejar-terkejar. Jangan tanya kenapa kalau saya masuk rancangan Running Man dan berjaya menyelesaikan setiap misi dengan jayanya.. HHAHAHAHHA. LOL. *datang dah merepek ni -.-.


Lebih kurang dalam bulan Disember macam tu lah, saya dah mula buat preparation sikit demi sikit, tapi itu lebih kepada mencari barang hantaran je. Mak ai, nak cari hantaran  je pun kemain jenuh taw!

Asal balik, tak tahu nak beli apa, bila dah tahu pulak, barang pulak tak de. Kadang tepaksa jalan dan merayau dekat area KL. Merayau ke masjid India, Times Square, eh semualah... Sampai GM klang saya pergi. Tak tahu nak cari apa. Setakat Melaka ni kau tak payah cakap lah. Boleh je buat rancangan jelajah sehari di Melaka bersama hos yang kecik-kecik ayu ni. hahah. Dapatlah 2,3 ciput barang nya. Tu pun atlast jumpa kat JJ jugak. Baik dari awal saya pergi JJ je kan. ;P. Tu Belum kira lagi dengan suami punya barang lagi. Suami lak memang jenis tak kisah, tapi dalam tak kisah dia tu, aku yang kisah! Hahahha. benci taw! Gedix do. Yeww

Lepas tu dengan kerana bajet kebizian diri ni, dari disember nak cari barang hinggalah bawak ke bulan seterusnya dan seterusnya. Syukurlah ada ibu and keluarga yang betul banyak membantu. Huhu.. *Nangis sedu-sedu

                                      
                                   Aku terima cintanya. cewahhh ;P

                                       

                                                               Antara sahabat handai yang hadir.


Bahagian masak memasak memang ibu yang setelkan, so aku just fikirkan Pelamin, mak andam, pakaian and apa yang patutlah.. Aku punya hantaran pula aku minta tolong mak cik aku. Alhamdullillah.. 
Hat ni rumah pengantin lelaki

Tak lupa juga kepada Suraya yang banyak membantu. Aku paksa dia tidur umah aku, and dia tak tidurpun -.-. Tapi dia balik lewat sangat! Thanx to her. Walau pun bahaya, dia gagahkan jugak sebab nak berinai bersama pengantin gitewww. hehe.


Masa Nikah aku pilih baju colour pastel. Coklat nak ke dusty pink gitu. baju tu aku beli siap dan baju lelaki kami tempah. Ceritanya, kami dah beli baju melayu, tapi suami tiba-tiba kata nak jubah juga, sebab sebelum beli baju melayu jenuh cari jubah colour tu tak jumpa. Kata suami pun "Suka nau cari baju colour yang susah nak kena cari and jalan sampai berejam-jam" :P.. Aku wat muka jambu je bila dia dah bebel cenggitu.hehehe. . Dan aku decide beli jela baju melayu. Lepas beli je, muke suami boleh tahanlah masam je macam buah lemon. Hahahhaa.
So, bila aku perasan dia macam tak happy, aku pun tak naklah rosakkan mood bagai.

Bayangkan, kami masing-masing dapat cuti 2hari sebelum nikah. Pastu bila tengok dia tak happy, malam tu juga pergi cari kain dekat Jakel, Nagoya and last nasib baik jumpa dekat Kamdar warna yang sama. Kalau tak, berhuhu jela.. Yela, akupun nak dia happykan. Sebab sekali seumur hidup kot. Aku pula masa tu tak ada veil untuk nikah pula ;P. Yela, sebab bajukan beli siap je. mana nak dapat colour lebih kurang macam tu. nak cari shawl pun kemain azab yakmat. Sebab warna tu memang susah nak cari. Tapi aku memang kenan sangat sebab selain cantik dan simple, warna pun soft sangat. Aku cari dekat Nilai je. Situ korang leh tawar harga.

Aku decided malam tu cari sekali la kain chiffon. Aku beli dalam semeter setengah. Malam nak nikah baru jahit manik veil, sebab pagi esoknya potong kain dan cari tempat jahit tepi halus. Rumah iolss tak ada mesiin tu. Cuma ada mesin jahit lurus je. Sobs sobs. Tapi memang jimatlah. Dan untuk baju suami, nasib baik dia ada kawan yang memang boleh jahit siap dan paling best tak da extra charges pun! Yela, kan nak cepat!.huhu..Baju melayu moden rumah lelakipun kami hantar kat kawan dia jugak. Puas hati! Dan memang murah. nanti aku promotelah budaknye ye.. Lelaki taw.

Cume hapdet terbaru yang saya tahu, dulu (ceh,padahal kawin dalam tahun ni) masa kitaorang nak buat baju melayu tu kan, kawan seben tu belum bukak kedai lagi, so memang murah. Sekarang dia dah bukak kedai, tak tahulah berapa rege dia.

Untuk baju Melayu sepasang around RM100 dan untuk jubah moden tu memang murah do dalam RM60. Ha, gile tak murah?? kiki.. betul rezki kawin kot.

Contoh pendekar hamba, saja crop gambar aku tuh, malu lak.. hew hew.


Ok, lepas majlis nikah tu kan, malamnya tak ada langsung acara malam berinai ke apa. Kalau ikut rancangan, kami nak buat Majlis sehari je. Kira buat pagi Sabtu nikah dan terus majlis makan-makan.  Tapi disebabkan aku nak nikah Jumaat as a Sunnah, so buat la jumaat. Btw, Syukur sangat semua selesai lepas 3kali lafaz! hahaha. Dedau kot.

Kami cuba untuk buat majlis yang happy dalam masa yang sama tak terlalu membazir. Sebab lepas kawin nak kena hadap ekonomi laki aku and aku jugakkan. Hahha. Takut lepas kawin, 22 termenung panjang pulak :P.

Yang penting Ijab dan Qabul tu kan.

Untuk bakal pengantin, aku nasihatkan, korang kenala plan betul-betul ya. Bajet korang untuk semua majlis, gift and jamuan bagai semua. Jangan semborono je. kalau tak, tahu-tahu pas kawin dok tepi kolam menung panjang suami isteri sebab bajet lari tanpa diduga. Dan kalau boleh, tak perlulah sampai nak berhutang dengan bank. Percaya diri, niat kalau dah ada, simpan siap-siap and paksalah diri untuk tahan dari shopping etc bagai. Korang pasti menjejak kejayaan!! Ceh, hahaha. Nyampah

Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Kalau rajin, kenalah usha barang murah. Untuk gift/ Deco kat Melaka ni orang akan cari kat COWBOY tu atau sekitar Nilai.  Atau korang ada tempat lagi murah? Kadang-kadang Mydin pun murah taw. Nak g window shopping, jangan lupa bawak pen dan kertas untuk listing ;P. Aku?? Snap pic je. Ahak!



pastu Oklah, aku blah lu lah ye..


Bye by


Thanx to reading,

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen disini ea bucuk!

copyright:wanyrezuan